Thursday 5 April 2018

Urut dan Bekam Desa Coalfields.

Assalamualaikum wbt !

apa khabar semua tuan puan  abang adik kakak? selamat datang ke blog UBDC ( Urut Bekam Desa Coalfields) .  Nama pendek ini diambil supaya senang nak sebut You-Bee-Dee See  merujuk kepada rawatan ini berpengakalan di Desa Coalfields Sungai Buloh.

Sessi pertama adalah pengenalan mengenai berbekam.

Apa  itu berbekam?  (what) 

Berbekam adalah proses membuang toksik dalam darah melalui penggunaan cawan kedap udara vakum di berberapa tempat tertentu di badan.

Ada dua jenis bekam yang digunakan.


  • Bekam Angin  
Bekam angin hanya meletakkan cawan kedap udara diatas badan  dan menyedut keluar angin menggunakan pam.
  • Bekam Darah. 

Bekam darah adalah proses yang sama, cuma di tempat kedap udara itu akan di cucuk dengan jarum steril atau pisau lanset, bagi mengeluarkan darah.  Penggunaan jarum diabetik dan di cucuk berulang kali bagi mengeluarkan darah dan kombinasi kedap udara akan membuatkan cecair mengalir dari tekanan rendah ke tekananan tinggi.




Kenapa perlu Berbekam ?  (why)

Proses berbekam ini digunakan sebagai rawatan untuk mengeluarkan toksik yang terdapat dalam darah.  Kebiasaanya bila toksik terkumpul dan cara mudah untuk keluarkan toksik adalah menggunakan bekam di lokasi. Selain dari pembuangan darah, proses ini akan memperbaiki fungsi organ tubuh supaya organ berfungsi kembali.  Setelah toksik dibuang, darah yang bersih dapat meningkatkan antibodi untuk melawan penyakit.

Cara berbekam ini digunakan sejak zaman dahulu lagi  antaranya sejak zaman Mesir Purba ( 3,500 tahun) dahulu  ( sila rujuk disini Sejarah Bekam )




Bila perlu berbekam?  ( when) 

Berbekam boleh sepanjang masa dan bila-bila mengikut keperluan. Terutamanya bila ada rasa kesakitan anggota tubuh badan seperti sengal atau kebas kebas. Bagi yang menghidap darah tinggi amatlah digalakkan untuk berberkam.

  Petua yang diberikan adalah lebih baik bekam dilakukan selepas bulan jatuh, maksudnya selepas bulan mengambang dan hujung bulan. Terdapat satu pengamatan tentang antaranya waktu bulan mengambang daya tarikan graviti bulan mempunyai kesan ke atas tubuh badan manusia.


Dimana ( where)

Pelanggan kami dinasihatkan agar membuat temujanji terlebih dahulu sebelum datang ke lokasi kami di Desa Coalfields Sungai Buloh.

Ini adalah untuk memastikan masa rawatan urut bekam dilakukan dengan sebaik mungkin dan ada sessi persediaan yang perlu dibuat sebelum pelanggan datang ...antaranya tidak mengambil makanan berat ( nasi, pasta, kambing golek atau sewaktu dengannya)


Bagaimana ( How)

Sila berhubung dengan kami sama ada melalui panggilan telefon / whatsapp / sms 012 655 9840  atau emel ( sharuddindc at gmail.com ) .  Kalau telefon setelah memberi salam dan minta untuk bercakap dengan Abang Din  UBDC.

Kami tak dapat menerima walk-in kerana terdapat aturan jadual yang telah disusun. Sekiranya kami mempunyai